Cara Mambuat Batik Lukis
Cara Membuat Batik Lukis
Bahan dan peralatan yang
diperlukan untuk membuat batik adalah :
Kain yang diperbuat daripada sutera,
kapas dan fuji.
Canting
Canting yang diperbuat daripada
tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai
satu saluran untuk lilin cair keluar
bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas,
bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan warna, atau
sempadan mengasingkan warna.
Warna Batik
Pemati warna (Sodium Silicate)
Serbuk soda.
Peralatan lain yang diperlukan
adalah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk, pemidang, kuali
besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, sterika.
Pensil digunakan untuk melukis rekacorak pada kain batik sebelum di canting.
Langkah - langkahnya menghasilkan batik lukis :
Pertama
Lukis corak yang diingini di atas kain putih dengan pensil. Motif dipilih berasaskan
tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi
abstrak dan lain-lain.
Kedua
Canting yang telah
diisi lilin cair digunakan untuk mencorakkan kain mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Kepanasan lilin perlu dikawal agar
tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan menghasilkan garisan yang tebal dan tidak cantik. Pencanting perlu menuangkan kembali lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk dan menceduk yang baru untuk memastikan cantingan sentiasa lancar dan lilin tidak beku di dalam batang canting.
Ketiga
Setelah kain siap dicanting dan kering maka Sodium silicate
digunakan sebagai pemati warna pada kain tadi. Kain perlu dicelup atau dilumurkan sodium silicate dan pastikan ketiap inci kain terkena pemati warna tersebut. Setelah itu kain perlu dijemur bersama sodium silicate tadi selama 8 jam. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak
akan luntur apabila dibasuh seterusnya.
Keempat
Setelah lapan jam dijemur kain tersebut perlu dibasuh dan direbus untuk menghilangkan lapisan
lilin, Air panas
dicampurkan serbuk soda bagi menangalkan lilin daripada kain.
Selepas itu kain tersebut dibasuh dan dibilas. Seeloknya kain batik ini dijemur di tempat
teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.
Untuk Tempahan Dan Pertanyaan
Whatapps ke
0179011541 / 0199094662
Facebook Pages
https://www.facebook.com/kedaisenilukis/
Whatapps ke
0179011541 / 0199094662
Facebook Pages
https://www.facebook.com/kedaisenilukis/